Roti Susu

Anak sepupu umur tujuh bulan positif Covid-19, Neelofa mohon doa ! Anak sepupu umur tujuh bulan positif Covid-19, Neelofa mohon doa !
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Selebriti terkenal, Neelofa menyeru para pengikutnya mendoakan kesejahteraan bayi kepada sepupunya yang disahkan positif wabak Covid-19. Memuat naik foto... Anak sepupu umur tujuh bulan positif Covid-19, Neelofa mohon doa !

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Selebriti terkenal, Neelofa menyeru para pengikutnya mendoakan kesejahteraan bayi kepada sepupunya yang disahkan positif wabak Covid-19.

Memuat naik foto Noor Sameera Mohd Nazlee, tujuh bulan, di media sosial, Neelofa berkata dirinya sedih melihat keadaan kanak-kanak berkenaan.

“Saya sangat sedih dengan (berita) ini. Bayi berusia 7 bulan anak sepupu saya telah diuji positif Covid-19. Saya tidak boleh bayangkan apa yang sedang dia dilalui sekarang. Mohon doakan Sameera pulih,” tulis bekas pengacara MeleTOP di Twitter

Terdahulu lebih kurang 3 jam lalu Neelofa di Instagram turut memuat naik gambar bayi tersebut di atas ambulans bersama sepupunya, Noor Cahaya serta tangkap layar mesej memaklumkan anaknya disahkan positif wabak itu jam 7.04 pagi tadi.

Menambahkan lagi kesedihan apabila Neelofa turut berkongsi InstaStory gambar anak kecil bersama ibunya di atas ambulans selain tangkap layar video Sameera melakukan aksi ‘TikTok’ menerusi hantaran Noor Cahaya.

Sementara itu semakan di Instagram Noor Cahaya mengesahkan perkara itu.“Terima kasih semua kerana doa dan kasih sayang! Ya betul apa yang kamu dengar bayi Sameera positif Covid-19.

“Apa yang saya harap teruskan berdoa..sayang sangat Sameera,” catat si ibu berserta gambar bayi itu duduk tersenyum di atas katil wad hospital.

Kalangan pengikut Twitter Neelofa rata-rata terkejut dengan berita tersebut selain mendoakan yang terbaik buat kesejahteraan Sameera.Ada meminta Neelofa memberi penjelasan lanjut bagaimana bayi tersebut boleh dijangkiti virus berkenaan.

Selain itu ada peminat tidak menyangka perkongsian video anak kecil melakukan aksi TikTok di rumahnya semalam berakhir dengan khabar yang tidak diingini.

Perkongsian Neelofa mendapat 12,000 tanda suka dan dikongsikan lebih 9,000 kali. Ruangan komen dilimpahi ucapan doa para pengikutnya.

“Aduhai sedih dengar sebab bayi apa yang (dia) tahu. Semoga bayi Sameera diberikan kesembuhan,” tulis Agnes Hendrikus.“Comelnya . Semoga Allah lindungi kamu,” tulis Hanim Jamelia. [ Sumber ]

Shares