Roti Susu

Anak Lufya Omar Sedekah Kpd Warga Asing Dikecam Netizen, Lufya Mula Bersuara Anak Lufya Omar Sedekah Kpd Warga Asing Dikecam Netizen, Lufya Mula Bersuara
Pelakon dan penyanyi Lufya Omar berang apabila tindakan anaknya, Laana Haura bersedekah kepada warga asing tidak disukai oleh segelintir manusia. Kata Lufya, itu cara... Anak Lufya Omar Sedekah Kpd Warga Asing Dikecam Netizen, Lufya Mula Bersuara

Pelakon dan penyanyi Lufya Omar berang apabila tindakan anaknya, Laana Haura bersedekah kepada warga asing tidak disukai oleh segelintir manusia.

Kata Lufya, itu cara dia untuk mengajar anaknya berkongsi rezeki walaupun nilainya kecil.

“Kami nak bersedekah pun jadi isu ke? Apa ni? Mana kami tau orang ni baik ke sc4mmer? Fya nak didik anak dengan memberi walaupun sedikit.

“Sedekah ini pun gerakan Allah. Kita bukan nak dapatkan pujian manusia tapi keredhaan Allah dan kasih sayangNya.

“Anak saya kasi Rm 3 duit nak beli ais cream dia bukan kasi banyak pun. Cukupla sekadar dia boleh beli sepotong kuih dan air mineral,” tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon drama Umairah kesal dengan tindakan sebuah IG yang mengambil video miliknya tanpa kebenaran.

Lufya turut memohon kerjasama daripada pengikutnya untuk melaporkan akaun terbabit kerana merasakan kandungan yang dikongsikan tidak berfaedah.

“Kamu ambil video anak saya dan post di IG kamu sebagai content kamu tanpa kebenaran saya. Betul ke cara macam tu?

“Siapa yg melayu inferior ni? Saya dm cakap baik-baik mintak delete post berkenaan tapi kamu block saya.

“Saya mintak semua pengikut yang dikasihi report IG ini untuk menutup akaun yang tidak bermanfaat dan menyakitkan hati ramai pihak.

Fya harap dapat bantuan anda semua,” tulisnya lagi. Walaubagaimanapun, Lufya telah memadamkan posting terbabit.

Terdahulu, Lufya berkongsi tindakan Haura yang bersedekah wang ringgit kepada dua orang lelaki Rusia yang memohon bantuan untuk pulang ke negara asal.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! [ sumber ]

Shares