Roti Susu

Anak Che Ta Buat Cabaran Empat Dara, “Hahahh, Geram Je Tengok” ! Anak Che Ta Buat Cabaran Empat Dara, “Hahahh, Geram Je Tengok” !
Lagu klasik berjudul Empat Dara nampaknya menjadi semakin dikenali oleh anak muda hari ini. Populariti lagu ini kembali popular selepas Elly Mazlein menyanyikan semula... Anak Che Ta Buat Cabaran Empat Dara, “Hahahh, Geram Je Tengok” !

Lagu klasik berjudul Empat Dara nampaknya menjadi semakin dikenali oleh anak muda hari ini. Populariti lagu ini kembali popular selepas Elly Mazlein menyanyikan semula Empat Dara dengan caranya tersendiri.

Disebabkan itu, Elly Mazlein juga membuat cabaran untuk siapa yang berani menyambung atau menyanyikan semula lagu tersebut. Maka ramailah yang mencuba nasib dengan menyahut Cabaran Empat Dara yang dicetuskan oleh calon Artis versatil di ABPBH 33 ini.

Antara selebriti popular yang menyahut Cabaran Empat Dara ini adalah Achey, Fizz Fairuz, Sherry Alhadad, Riena Diana, Hun Haqeem dan ramai lagi. Semuanya menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan cabaran tersebut.

Paling terbaharu, anak Che Ta buat Cabaran Empat Dara pula! Si cilik anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin, bernama Aaisyah ini membuat Cabaran Empat Dara dan berkongsikannya menerusi laman Instagram miliknya.

Berikut adalah video anak Che Ta buat Cabaran Empat Dara tersebut:

Video tersebut telah meraih lebih 288 ribu tontonan dan 40 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai keletah si cilik ini di ruangan komen seperti berikut:

Sumber: Himpunanceritalawak

Shares