Roti Susu

Amy Search berang Nabila Huda masih bekerja, minta polis datang set penggambaran Amy Search berang Nabila Huda masih bekerja, minta polis datang set penggambaran
PENYANYI Amy Search berang apabila mendapati anaknya pelakon Nabila Huda masih menjalani penggambaran pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan kerajaan. Amy meluahkan perasaan... Amy Search berang Nabila Huda masih bekerja, minta polis datang set penggambaran

PENYANYI Amy Search berang apabila mendapati anaknya pelakon Nabila Huda masih menjalani penggambaran pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan kerajaan.

Amy meluahkan perasaan itu pada foto yang dimuat naik aktres berkenaan yang menunjukkan dia hanya menikmati makanan mee segera ketika di lokasi penggambaran di Kelantan.

“Tengok semua post hari pertama lockdown menu, ini adalah kepunyaan saya sementara saya berada di Kelantan masih bekerja.

“Jauh daripada rumah, kena tinggal di hotel dan paling perit nak terima, tidak ada dapur nak masak.

“Pastu teringin nak makan maggie ketam dari beberapa hari yang lalu, tapi kata esoklah pergi tapi rupa-rupanya sudah tutup.

“Berakhir ini je misteri jam 12 saya… nok kelik. Saya rindu rumah, dapur, nasi, suami, anak, kucing dan keluarga,” ujarnya.

Penyanyi lagu Pawana itu juga menegur pihak produksi yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan melanggar perintah kerajaan.

Dia juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perkara itu.

“Balik sekarang! Ini mana punya production house!

“Hanya pentingkan diri sendiri kamu semua duduk di rumah dengan selamat, yang lain ambil risiko sebab kamu semua nak habiskan kerja dengan cepat.

“Hello PDRM tolong pergi cari mereka ini sebab paksa orang kerja dan melanggar perintah. Suruh anak-anak mereka sahaja yang kerja. Mereka ini melanggar perintah kerajaan.

“Adtisha Production, anak aku sepatutnya ada di dalam rumah bukan kerja.

“Abil tolong kemas barang awak dan balik sekarang!” tulisnya.-mstar

Shares