Roti Susu

‘See You In Court’ – Amin Idris Tak Gentar Tuntutan RM1 Juta Dari Ustaz Abu Syafiq ‘See You In Court’ – Amin Idris Tak Gentar Tuntutan RM1 Juta Dari Ustaz Abu Syafiq
Kontroversi di antara pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq dan penceramah bebas, Amin Idris berlanjutan sehingga didakwa bakal dibawa kes ke mahkamah. Kes ini bermula... ‘See You In Court’ – Amin Idris Tak Gentar Tuntutan RM1 Juta Dari Ustaz Abu Syafiq

Kontroversi di antara pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq dan penceramah bebas, Amin Idris berlanjutan sehingga didakwa bakal dibawa kes ke mahkamah.

Kes ini bermula apabila Ustaz Abu Syafiq dikatakan mengeluarkan kenyataan yang tidak el0k kepada Ustaz Ebit Lew.

Selepas itu, Ustaz Abu Syafiq mengatakan bahawa akaun Facebook beliau telah digodam.

Amin Idris memberi respon tindakan Ustaz Abu Syafiq dengan memuat naik status menegur perbuatan ustaz.

Status itu menjadi perhatian netizen yang rata-rata menyokong apa yang dikatakan Amin Idris.

Selepas membuat kenyataan tersebut, Amin Idris dikatakan menerima mesej dari Ustaz Abu Syafiq agar dia memohon maaf secara terbuka.

Ustaz Abu Syafiq turut didakwa mengugut untuk menyamannya jika tidak berbuat sedemikian.

Berikutan dengan itu, dia telah menerima surat dari peguam Ustaz Abu Syafiq yang menuntut dia memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 7 hari.

 Amin Idris

Dalam tempoh tersebut, dia turut d1tuntut untuk membayar wang ganti rugi sebanyak RM1 juta kerana memuat naik status sebelum ini.

 Amin Idris

Menurut surat itu juga, kredib1liti dan reputasi Ustaz Abu Syafiq turut dikatakan tercemar selepas Amin memuat naik status berkenaan.

Walau bagaimanapun, Amin  tidak gentar dengan tindakan Ustaz Abu Syafiq dan bersedia untuk berjumpa di mahkamah. – Sumber

Shares