Roti Susu

Aliff Syukri derma puluhan ribu ringgit untuk atasi Covid-19 Aliff Syukri derma puluhan ribu ringgit untuk atasi Covid-19
USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila segala kebaikan yang dilakukan sentiasa dipandang negatif oleh segelintir masyakarat. Malah, baru-baru ini ada... Aliff Syukri derma puluhan ribu ringgit untuk atasi Covid-19

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila segala kebaikan yang dilakukan sentiasa dipandang negatif oleh segelintir masyakarat.

Malah, baru-baru ini ada dakwaan yang mengatakan dia tidak memberi bantuan kepada orang yang dalam kesusahan dan berhadapan dengan penyakit wabak Covid-19.

Pengasas produk D’Herbs Terlajak Laris menjelaskan dia sudah menderma berpuluh ribu ringgit namun enggan menghebahkan perkara itu kepada orang ramai.

“Saya sebenarnya terlalu penat dengan sikap masyarakat dan juga netizen. Buat baik salah dan buat jahat pun salah. Saya bersedekah salah dan saya bagi zakat pun salah.

“Baru-baru ini tular dengan mengatakan saya tidak membantu orang didalam kesusahan dan dalam keadaan masalah koronavirus.

“Adakah anda tahu sebenarnya saya telah membantu lebih daripada puluhan ribu ringgit untuk mereka yang susah dengan penyakit koronavirus ini dan orang mengatakan saya tidak membantu,” tulisnya di Instagram pada Isnin.

Aliff turut memuat naik kenyataan daripada Public Health Malaysia yang memohon bantuan daripadanya untuk mendapatkan 200 ventilator tambahan khusus untuk Covid-19.

Menerusi kenyataan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan 300 ventilator ICU khusus untuk Covid-19 namun masih belum mencukupi.

Dalam pada itu, Aliff berasa bimbang dikatakan riyak sekiranya bantuan itu dihebahkan kepada umum.

Biarpun begitu, dia tetap mahu memberi bantuan dengan menyediakan RM30,000 untuk mana-mana pihak atau individu yang memerlukannya dengan meninggalkan komen di Instagramnya.

“Jika saya bantu korang kata saya riyak, jika tidak bantu korang kata jahat. Kalau tunjuk buat live, korang kata menunjuk. Sebenarnya korang nak apa?

“Sebenarnya saya dah banyak bantu tapi saya senyap sebab tak nak orang cakap riyak, mak saya pun dah pesan. Okey dah, kalau begitu berapa ramai korang nak saya bantu dan tambahkan lagi RM30,000.

“Kepada siapa-siapa yang nak saya bantu, sila komen di bawah. Dan saya akan buat video dan upload di Youtube saya TV Terlajaklaris.

“Saya akan buat video, jangan korang kata saya nak menunjuk pula kali ni. Kepada Public Health Malaysia tolong WhatsApp pengurus saya untuk bantu. Jangan cakap abang tak bantu lagi tau,” ujarnya.-mstar

Shares