Roti Susu

“Surat Tuntutan Cerai Bukan Dari Saya..” – Aliff Syukri Dedah Perkara Sebenar ! “Surat Tuntutan Cerai Bukan Dari Saya..” – Aliff Syukri Dedah Perkara Sebenar !
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya terkejut apabila netizen membuat spekulasi kurang tepat mengenai hal rumah tangganya bersama isteri, Datin Seri Nur... “Surat Tuntutan Cerai Bukan Dari Saya..” – Aliff Syukri Dedah Perkara Sebenar !

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya terkejut apabila netizen membuat spekulasi kurang tepat mengenai hal rumah tangganya bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Katanya ketika dihubungi MH, ada netizen yang meninggalkan komen melampau hingga membuat tudvhan tanpa mengetahui hal sebenar yang berlaku.

“Jujurnya saya terkejut apabila secara tiba-tiba banyak teks yang masuk, bertanya itu dan ini mengenai hal rumah tangga saya.“Ada yang menudvh dan tak kurang yang membuat spekulasi sendiri seterusnya menghent4m saya.“Surat tu (tuntutan cer4i) bukan dari saya pun,” katanya.

Mengulas mengenai perkara terbabit, usahawan yang kini muncul dengan single Cuba Bahagia ini berharap agar netizen memahami situasi dan tidak lagi membuat andaian sendiri.

“Netizen salah faham ni. Kalau tengok betul-betul, bukan saya yang tuntut atau failkan. Saya sendiri pun terkejut bila ia tiba-tiba jadi viral.“Saya harap, tidak ada lagi yang bertanya mengenai siapa yang failkan atau sebaliknya,” ujar Aliff. [ Sumber ]

Shares