Roti Susu

Jadikan Pengajaran” – Aliff Syukri Dan Shahida ‘Berbaik’ Kembali Jadikan Pengajaran” – Aliff Syukri Dan Shahida ‘Berbaik’ Kembali
Sebelum ini agak kecoh di media sosial tentang hubungan dingin antara Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida. Pelbagai spekulasi dibuat oleh... Jadikan Pengajaran” – Aliff Syukri Dan Shahida ‘Berbaik’ Kembali

Sebelum ini agak kecoh di media sosial tentang hubungan dingin antara Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida.

Pelbagai spekulasi dibuat oleh netizen berdasarkan kepada Instagram kedua-dua belah pihak dan merujuk kepada apa yang mereka tulis di sosial media masing-masing.

Semalam, setelah sekian lama, Shahida memuat naik sekeping gambar bersama Syukri dan seorang anak di Instagram miliknya.

Dengan kepsyen, “lengkap dah family Raudhah Arshiyah”, gambar tersebut mendapat pelbagai ucapan tahniah buat mereka berdua dan nasihat buat Aliff Syukri.

“Lepas ni jangan duk menggedik dengan sajat lagi dah. Jadikan Pengajaran,” komen ctnurkasih kepada Aliff Syukri.

Aliff Syukri sendiri turut meninggalkan komen “I love u sayang” dengan emoji berbentuk hati dan turut dibalas dengan emoji berbentuk hati oleh Shahida.

Menampakkan lagi ada perubahan yang ketara, Instagram Aliff Syukri turut tertulis sesuatu yang baru di profile miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Lengkap dah family Raudhah Arshiyah ❤️❤️ . Tudung @as.legacymalaysia

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

“I’m back dengan nafas baru dan diri baru,” seolah membayangkan dia bakal melakukan perubahan dalam kehidupannya.

Aliff Syukri

Menerusi perkahwinan Aliff dan Shahida, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah. – Gempak.com

Shares