Roti Susu

Tak Pernah Burukkan Saya Walaupun Tahu Semua Benda, Aliff Syukri Tak Pernah Burukkan Saya Walaupun Tahu Semua Benda, Aliff Syukri
Menyifatkan bekas pembantunya, Allahyarham Muhammad Ghazali Hj Mat Lawi seorang pekerja yang baik dan berdedikasi, usahawan kosmetik penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan... Tak Pernah Burukkan Saya Walaupun Tahu Semua Benda, Aliff Syukri

Menyifatkan bekas pembantunya, Allahyarham Muhammad Ghazali Hj Mat Lawi seorang pekerja yang baik dan berdedikasi, usahawan kosmetik penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan sifat peribadi jejaka tersebut.

Aliff Syukri berkata, selepas empat tahun berkhidmat sebagai pembantu peribadi, arwah membuat keputusan untuk berhenti kerja sejak tiga bulan lalu. Kata Aliff lagi, dia amat sedih dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai pemergian bekas pembantunya itu.

“Secara jujurnya beliau seorang yang baik. Tidak saya sangka selepas tidak sampai 2-3 bulan beliau berhenti kerja, beliau sakit dan saya dikhabarkan beliau telah meninggal dunia.”

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff Syukri berkata arwah tidak pernah mendatangkan masalah malah tidak pernah mengutuk dirinya kepada umum meskipun mengetahui banyak perkara tentang dirinya.

Kata Aliff lagi, sukar untuk mencari pekerja sebaik arwah. Aliff sendiri juga mengagumi kesungguhan arwah dalam melakukan kerja serta amanah yang diberi.

Difahamkan, Allahyarham Ghazi meninggal dunia dipercayai berpunca daripada penyakit appendiks yang dihadapinya. Malah keadaan Allahyarham juga semakin tenat sejak beberapa hari yang lalu. – Rotikaya.com

Shares