Roti Susu

“Aliff Sebenarnya Sakit, Ada Orang Nak Buat Dia Jadi Gila” “Aliff Sebenarnya Sakit, Ada Orang Nak Buat Dia Jadi Gila”
Selepas bercerai, ada sahaja kontroversi dan kekecohan dicetuskan oleh Aliff Aziz. Belum reda dengan video isu bergaduh dan menunjukkan kemaluan di tempat awam, terbaru... “Aliff Sebenarnya Sakit, Ada Orang Nak Buat Dia Jadi Gila”

Selepas bercerai, ada sahaja kontroversi dan kekecohan dicetuskan oleh Aliff Aziz. Belum reda dengan video isu bergaduh dan menunjukkan kemaluan di tempat awam, terbaru tular videonya dibelasah teruk oleh seorang lelaki di tepi jalan.

Melihat apa yang berlaku terhadap pelakon itu, ramai yang tertanya-tanya apa yang membuatkan Aliff bertindak di luar kawalan sehingga sering terlibat dalam pergaduhan.

Terbaru, Bella Astillah mendedahkan bahawa bekas suaminya itu mengalami gangguan mistik. Bella berkata keluarga Aliff sedang berusaha untuk mengubatinya. Kata Bella lagi, ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya dan mahukan Aliff jatuh sakit.

“Aliff sebenarnya sedang sakit. Keluarganya sedang berusaha mencari alternatif untuk mengubatinya. Saya pun hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan.

“Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Bella akui terkejut di atas apa yang menimpa bekas suaminya kerana masih lagi ada orang yang mengamalkan perkara syirik itu lagi

“Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang pun, masih ada lagi benda-benda sebegini. Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu tapi apabila sakitnya membabitkan perkara ghaib, sedikit sukar untuk mencari penawarnya,” katanya. – Rotikaya.com

Shares