Roti Susu

Ali XPDC Melecur Disambar Api Bukan Di Sebabkan Hand Sanitizer, Ini Punca Sebenarnya ! Ali XPDC Melecur Disambar Api Bukan Di Sebabkan Hand Sanitizer, Ini Punca Sebenarnya !
MENGALAMI kecederaan teruk pada anggota tubuh akibat disambar api baru-baru ini, vokalis Ali XPDC menganggap kejadian itu merupakan ujian dan takdir daripada Allah. Ali... Ali XPDC Melecur Disambar Api Bukan Di Sebabkan Hand Sanitizer, Ini Punca Sebenarnya !

MENGALAMI kecederaan teruk pada anggota tubuh akibat disambar api baru-baru ini, vokalis Ali XPDC menganggap kejadian itu merupakan ujian dan takdir daripada Allah.

Ali atau nama sebenar Mohd Ali Ismail, 52, berkata dia reda dengan apa yang berlaku dan kemalangan itu menjadi asbab untuk dia berehat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Saya ni memang tak boleh duduk diam… ingatkan sepanjang PKP ini nak mengemas sekitar kawasan rumah tapi nampaknya kena berehat sepenuhnya.

“Biasalah tinggal di rumah kawasan kampung, kerja memang banyak tapi dah takdir jadi begini pula, tak apalah Allah bagi rehat dulu.

“Sekarang duduk berkurung dalam rumah sajalah, cuma dua hari sekali saya akan ke klinik berdekatan untuk cuci luka,” katanya kepada mStar.

Pada 23 Mac lalu, Ali melecur 30 peratus di tangan kanan, muka dan pergelangan kaki akibat disambar api ketika membakar sampah di kediamannya di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Kemalangan kecil itu menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad selama sehari.

Sampai sekarang masih rasa lagi sakit dan pedih… InsyaAllah kalau ikut rawatan dalam masa dua minggu lagi doktor kata boleh pulih.

Ali XPDC

Sementara itu, Ali menafikan dakwaan kononnya hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman menjadi punca api menyambar anggota tubuhnya.

“Ia bukan sebab sanitizer, tak ada kaitan langsung. Puncanya saya bakar sampah guna petrol, tiba-tiba berlaku letupan dan api menyambar anggota badan.

“Sampai sekarang masih rasa lagi sakit dan pedih… InsyaAllah kalau ikut rawatan dalam masa dua minggu lagi doktor kata boleh pulih,” ujarnya.

Penderitaan Ali XPDC mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan.

Dalam pada itu, Ali turut berterima kasih kepada pihak yang membantu dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban ditanggungnya itu.

Tambah Ali XPDC, sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membayar kos rawatan.

“Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang bantu. Wang sumbangan itu boleh digunakan untuk bayar kos rawatan di klinik, sekali pergi cuci luka kena bayar lebih RM100!

“Kalau nak pergi hospital agak jauh dan memandangkan sekarang ini tengah tempoh PKP adalah lebih baik kita kurangkan risiko dan terpaksalah pergi klinik swasta yang paling hampir dengan rumah.

“Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang membantu memberikan sumbangan. Saya juga mohon orang ramai dapat mendoakan supaya saya cepat sembuh seperti sedia kala,” katanya. –Mstar

Shares