Roti Susu

Ali Puteh nasihat Aliff Syukri supaya berzikir jika hati tak tenang Ali Puteh nasihat Aliff Syukri supaya berzikir jika hati tak tenang
KEMELUT antara pelawak Ali Puteh dan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya sudah berakhir apabila mereka kini boleh berbalas mesej secara baik. Aliff... Ali Puteh nasihat Aliff Syukri supaya berzikir jika hati tak tenang

KEMELUT antara pelawak Ali Puteh dan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya sudah berakhir apabila mereka kini boleh berbalas mesej secara baik.

Aliff menerusi Instagramnya memuat naik paparan skrin mesej daripada Ali yang menasihatinya supaya mengamalkan surah Al-Fatihah dan berzikir jika hati dalam keadaan tidak tenang.

“Cuma nak bagi pesanan ringkas. Kalau Datuk hati tak tenang memikirkan hinaan atau cacian semua orang, Datuk baca Al-Fatihah dan kerap berzikir ya latif ya latif.

“Insya-Allah hati akan tenang. Allah sangat hebat, dengan zikir kepadanya akan dapat menenangkan jiwa Datuk. Insya-Allah sekadar perkongsian.

“Itu yang saya amalkan… Insya-Allah,” kat Ali.

Sebelum ini, kontroversi antara mereka tercetus apabila Aliff menemu bual isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah pada Februari lalu.

Tindakan Aliff bertanyakan kepada Nor Hidayah mengenai harta peninggalan arwah Abam mengundang kemarahan Ali sehingga mencetuskan perbalahan antara mereka bertiga.

Malah, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, memohon agar Aliff bertaubat kerana secara tidak sengaja telah memecah belah silaturahim antara ahli keluarga mereka.

Selepas menerima kecaman gara-gara dikatakan menjadi punca kemelut Ali dan Nor Hidayah, pengasas produk D’Herbs itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini mengucapkan terima kasih kepada Ali yang memberi nasihat berguna kepadanya.

“Baik rupa-rupanya orangnya… dah beberapa kali saya berbual dengan Ali. Terima kasih Ali Puteh.

“Sungguh berguna nasihat awak… kerana cuba bahagiakan saya,” kata Aliff.

Rata-rata netizen turut menasihati Aliff supaya banyakkan solat dan mula menjalani kehidupan tanpa kamera dan laman sosial untuk ketenangan.-mstar

Shares