Roti Susu

Alahai kesian Cleopatra! Cedera di dapur tapi kebenaran kisahnya diragui Alahai kesian Cleopatra! Cedera di dapur tapi kebenaran kisahnya diragui
Semuanya gara-gara sekeping foto yang memaparkan kakinya bersama beberapa tompokan darah di lantai. “Bagaimana pisau dari tangan boleh menikam kaki saya,” tulis Cleopatra menerusi... Alahai kesian Cleopatra! Cedera di dapur tapi kebenaran kisahnya diragui

Semuanya gara-gara sekeping foto yang memaparkan kakinya bersama beberapa tompokan darah di lantai.

“Bagaimana pisau dari tangan boleh menikam kaki saya,” tulis Cleopatra menerusi kapsyen.

Posting itu turut disertakan dengan emoji menangis, dipercayai untuk menggambarkan kesakitan yang dialaminya.

Selain meluahkan rasa simpati, ramai netizen turut meninggalkan komen sinis menerusi posting itu.

Rata-ratanya mengecam tindakan Cleopatra yang tidak membersihkan luka atau mendapatkan rawatan, sebaliknya merakam foto terlebih dahulu.

Namun jelasnya, foto itu dirakam untuk memberi penjelasan kepada ibunya sahaja.

“Nampak sangat tak pernah pegang pisau.

“Tapi dekat pisau tak ada darah pun? Hm maaf saya keliru.

“Macam tipu je,” tulis beberapa pelayar Twitter.

Dalam pada itu, seorang lagi pelayar Twitter turut berkongsi semula foto sama dengan kapsyen: “Ia berlaku kepada orang yang pura-pura pandai memasak.

Perkongsian itu turut menerima perhatian ramai sehingga diulang kicau (Retweet) hampir 3,000 kali.

Untuk rekod, Cleopatra sebelum ini pernah tular apabila dia muncul dalam satu video, sedang mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain dituduh sebagai transgender, dia sekali lagi tular apabila kisahnya yang mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga tersebar luas.

Sumber- https://www.mstar.com.my/

Shares