Roti Susu

‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ Tegar selamat jadi suami pada usia 19 tahun! ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ Tegar selamat jadi suami pada usia 19 tahun!
PENYANYI remaja Indonesia Tegar yang pernah mencipta nama menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang mendedahkan sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Sarah... ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ Tegar selamat jadi suami pada usia 19 tahun!

PENYANYI remaja Indonesia Tegar yang pernah mencipta nama menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang mendedahkan sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Sarah Sheilka.

Tegar yang baru berusia 19 tahun itu berkongsi perkara itu di laman sosial Instagramnya pada Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan kira-kira pukul 3.30 petang di sebuah lokasi di Jakarta, Indonesia.

“Minta doanya buat semua semoga Tegar menjadi keluarga yang Samawa amin,” tulisnya.

Posting tersebut menerima sebanyak lebih 30,000 tanda suka serta ucapan tahniah daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan artis di Malaysia.

Tegar mula mencipta nama pada usia 11 tahun bermula daripada menjadi penyanyi jalanan.

Remaja itu kemudian berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan.

Namun, kehidupannya kembali miskin selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan pihak tertentu. – Mstar

Shares