Roti Susu

Akhirnya isteri Abam dedahkan perangai pelik Abam beberapa hari sebelum dia pergi menghadap illahi Akhirnya isteri Abam dedahkan perangai pelik Abam beberapa hari sebelum dia pergi menghadap illahi
GOMBAK – “Anak macam tertanya-tanya mana pergi bapanya, kepada saya,” demikian menurut isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan... Akhirnya isteri Abam dedahkan perangai pelik Abam beberapa hari sebelum dia pergi menghadap illahi

GOMBAK – “Anak macam tertanya-tanya mana pergi bapanya, kepada saya,” demikian menurut isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam yang pergi menghadap illahi, Isnin lalu.

Siti Nurhidayah Mohd Ali berkata, situasi itu membuatkan dirinya sebak kerana suaminya Abam memang rapat dengan anak tunggalnya itu.

“Selalu bila malam, anak kami akan kacau Abam dan tepuk belakang Abam. Sebelum tidur dia akan kacau Abam, dah berapa malam anak kami mencari mana Abam.

“Dia tepuk-tepuk saya macam tahu ayah dia sudah tiada. Setiap malam akan jadi macam itu selepas Abam pergi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, hari ini.

Reaksi anak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey di rumahnya, Kampung Sungai Salak Gombak, Selangor.

Menceritakan hal itu, Nurhidayah berkata, anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey akan sentiasa memanjat perut Abam setiap malam sebelum tidur.

Malah memasuki hari kedua ketiadaan Abam, Syed Uthman Hamzah yang kini lapan bulan lebih banyak diam dan sesekali menangis.

“Sejak Abam tak ada ni, anak kami masih sihat. Alhamdulilah, dan tidak banyak meraagam,” jelas Nurhidayah. Ditanya samada terdapat perubahan drastik sebelum Abam pergi selamanya.

Nurhidayah berkata, suaminya ada menyatakan hasrat untuk menikmati asam pedas dan cendol. Jadi mereka sekeluarga pergi ke Melaka bagi memenuhi permintaan Abam pada Khamis lalu.

“Sebelum Abam pergi menghadap illahi, Khamis tu dia cakap teringin sangat nak makan asam pedas. Lepas itu dia ajak saya pergi Melaka dan makan asam pedas.

Yang pertama itu tidak ikut selera dia, lepas itu petang kami makan lagi. Siap cakap ini baru puas makan asam pedas.

“Malam Khamis itu dia nak makan cendol durian, dia seorang yang makan. Hari Jumaat dia cakap nak deemam,” katanya lagi.

Umum mengetahui, Fad Bocey menerima berita pemergian Abam ketika bercuti bersama keluarganya di Tokyo, Jepun.

Perasaan terkilan kerana tidak dapat hadir bertemu Abam buat kali terakhir merupakan perkara yang terawal yang diluahkan oleh Fad meskipun dia cuba membeli tiket penerbangan yang paling awal untuk pulang ke tanah air.- slambermedia.com

Shares