Roti Susu

Akhirnya Chacha Maembong Buka Mulut Isu Dikatakan Dicium Abang Ipar Akhirnya Chacha Maembong Buka Mulut Isu Dikatakan Dicium Abang Ipar
FOTO pelakon, Chacha Maembong yang diapit dan dicivm pasangan pengantin baru yang juga kakaknya, Emma Maembong dan abang iparnya, Muhammad Shazli Azhar tular di... Akhirnya Chacha Maembong Buka Mulut Isu Dikatakan Dicium Abang Ipar

FOTO pelakon, Chacha Maembong yang diapit dan dicivm pasangan pengantin baru yang juga kakaknya, Emma Maembong dan abang iparnya, Muhammad Shazli Azhar tular di media sosial.

Gambar itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang kebanyakannya menyifatkan ia salah dari segi hukvm agama Islam.

“Warganet terlalu negatif” kata Chacha ringkas kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai tindakannya itu, Chacha, 24, atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail enggan mengulas lanjut.

“Saya tak mahu berikan sebarang komen mengenai perkara itu,” katanya.

Kebanyakan status yang dikongsi pengguna laman sosial menganggap pelakon filem Aku Bukan Terrorist itu tidak tahu mengenai hukum agama dan batasan antara adik dengan abang ipar.

Ada juga yang menganggap selebriti tanah air umpama tidak mengambil endah perihal agama dan memiliki pengetahuan agama yang terlalu cetek. – Sumber

Shares