Roti Susu

Prestasi Merosot kerana perempuan, Akhirnya Benjamin Mora dedah perangai sebenar Safawi Prestasi Merosot kerana perempuan, Akhirnya Benjamin Mora dedah perangai sebenar Safawi
JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menafikan Safawi Rasid mengalami kemero0sotan prestasi, sebaliknya menegaskan bintang itu memainkan peranan penting membantu pasukan... Prestasi Merosot kerana perempuan, Akhirnya Benjamin Mora dedah perangai sebenar Safawi

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menafikan Safawi Rasid mengalami kemero0sotan prestasi, sebaliknya menegaskan bintang itu memainkan peranan penting membantu pasukan menewaskan Suwon Bluewings 2-1 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam tadi.

Katanya, Safawi kerap memberi tekanan terhadap benteng lawan dengan larian pantas di bahagian sayap kanan, namun nasib tidak menyebelahi pemain itu untuk menjaringkan gol.

“Saya percaya Safawi akan bangkit menjaringkan gol jika dia kerap memiliki peluang ketika aksi menentang kelab dari Korea itu. Dia sudah beri yang terbaik malah dia juga pemain tempatan yang berkualiti,” kata Mora.

Mengulas mengenai kemenangan yang dilakar pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu, Mora nyata gembira yang kini menyaksikan anak buahnya melonjak ke tangga kedua selepas mengumpul tiga mata pertama. Harimau Selatan sebelum ini tewas 1-5 kepada kelab dari Jepun, Vissel Kobe pada aksi pertama kumpulan.

“Kita tahu Suwon pasukan yang hebat, jadi pemain tidak kerap memberi asakan sebaliknya menyusun gerakan di kawasan tengah dan apabila ada peluang barulah melancarkan serangan pantas yang memerangkap pasukan lawan.

“Saya ingin beritahu lagi, JDT tidak dibarisi pemain berstatus bintang dan pemain tahu tanggungjawab yang mereka harus lakukan apabila beraksi secara bertahan dan bertindak untuk meny3erang apabila ada peluang.

“Ada dua atau tiga peluang yang boleh kita terjemahkan dengan jaringan tapi kurang berkesan. Namun pemain terus bekerja keras dan hasilnya gol menerusi sepakan penalti dan gerak susun menarik yang menghasilkan gol kemenangan,” katanya. – SM

Shares