Roti Susu

Akhirnya Balu Allahyarham Abam Siti Nurhidayah Mohd Ali Mula Bersuara !! Akhirnya Balu Allahyarham Abam Siti Nurhidayah Mohd Ali Mula Bersuara !!
BALU Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali memohon doa daripada orang ramai buat diri dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar... Akhirnya Balu Allahyarham Abam Siti Nurhidayah Mohd Ali Mula Bersuara !!

BALU Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali memohon doa daripada orang ramai buat diri dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Nurhidayah berkata, dia juga mohon diberi ruang memandangkan masih dalam tempoh edah selepas kematian suami tercinta pada 10 Februari lalu.

Perkara itu disampaikan wakil Nurhidayah menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro.

“Assalamualaikum, saya mewakili balu arwah memohon ampun dan maaf buat masa sekarang dia tidak memegang telefon dan sedang menjalani tempoh edah.

“Sama-sama doakan yang terbaik buat dia dan anaknya, Hamzah. Maaf sekali lagi daripada kami,” katanya ringkas.

Terdahulu, masyarakat dikejutkan dengan pendedahan Nurhidayah yang mendakwa mendapat kekangan daripada pihak keluarga arwah suaminya membabitkan harta ditinggalkan.

Perkongsian Nurhidayah menerusi video siaran langsung di Facebook dan Instagran usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, kelmarin, itu mengguris hati adik iparnya yang juga pelawak, Ali Puteh.

Rentetan itu, Ali memuat naik status di Instagran menggambarkan rasa kesal terhadap Nurhidayah dan Aliff.

Petang tadi, Ali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Nurhidayah atas keterlanjuran status itu. – Harian Metro

Shares