Roti Susu

Penyanyi Aishah Berat Hati Lepaskan Anak Keluar Bekerja Penyanyi Aishah Berat Hati Lepaskan Anak Keluar Bekerja
Aishah berat hati lepaskan anak keluar bekerja – “Allah saja tahu, berperang dengan musuh yang tak nampak”. Hati ibu mana yang tak bimbang apabila... Penyanyi Aishah Berat Hati Lepaskan Anak Keluar Bekerja

Aishah berat hati lepaskan anak keluar bekerja – “Allah saja tahu, berperang dengan musuh yang tak nampak”. Hati ibu mana yang tak bimbang apabila terpaksa melepaskan anak tersayang mencari rezeki ketika negara sedang berdepan dengan penularan wabak Covid-19.

Begitulah perasaan yang diluahkan oleh penyanyi Aishah yang terpaksa merelakan anak sulungnya, Armand Azhari memulakan tugas setelah hampir dua bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

“Ada hikmah di sebalik segala ketentuan Allah SWT. Banyak masa dihabiskan bersama lelaki (Armand) di rumah, ia tidak akan berlaku jika tiada Covid-19.

“Dia dah kena pergi bekerja… Allah sahaja tahu perasaan seorang ibu nak lepaskan anaknya di luar sana dalam keadaan sekarang.

“Berperang dengan musuh yang tidak nampak di mata kasar. Allahu kerja pula terpaksa berinteraksi dengan orang ramai,” katanya menerusi laman Instagram.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin.

Fasa baharu ini memberi kelonggaran dan membolehkan syarikat serta beberapa sektor pekerjaan memulakan operasi masing-masing, namun masih tertakluk kepada peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Kalau tak ada urusan untuk keluar jangan keluar, yang terpaksa bekerja kenalah ambil langkah-langkah kebersihan yang maksima. Bagaimanapun, belum tiba waktu pelaksanaan sudah ada masyarakat yang ingkar dengan arahan dan mengabaikan langkah-langkah penjagaan diri terutamanya mengenai penjarakkan sosial.

“Apabila terbaca dan terlihat gambar-gambar di media sosial, belum 4 Mei lagi orang ramai dah berpusu-pusu nak beli makan dan lain-lain.

Aduh! Sekarang ini masa untuk kita ambil peranan masing-masing, kalau tidak sia-sialah kita memerap di rumah hampir dua bulan kerana kita hanya akan mencetuskan kluster baru.

“Secara asasnya, negara kita tenat secara ekonomi terpaksa teruskan aktiviti kita walaupun kita merisikokan diri untuk gelombang yang baru.

“Kita hanya mengharapkan keupayaan perubatan kita tidak akan diduga dengan jangkitan baharu, di mana pesakit yang memerlukan rawatan melebihi keupayaan kita merawat,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini turut berpesan kepada pengikutnya supaya tidak kerap keluar rumah dan lebih peka dengan keadaan sekeliling.

“Kalau tak ada urusan untuk keluar jangan keluar, yang terpaksa bekerja kenalah ambil langkah-langkah kebersihan yang maksima.

Aishah

“Yang degil tu nak berasak-asak beli makan tu gasaklah, ada hati nak shopping bawak anak-anak, masih nak shopping raya walau dah berbuih mulut orang nasihatkan, biarlah!

“Kita jaga diri kita dan anak-anak kita. Sounds selfish right? Tapi yang keluar tanpa mematuhi PKP dan SOP lagi pentingkan diri.

Mereka ni macam bom jangka berjalan, jadi elakkan diri daripada mereka, jauhkan diri dari tempat-tempat yang tak amalkan SOP PKPB,” katanya. – Mstar

Shares