Roti Susu

Siapa Sangka, Itu Aidilfitri Terakhir Kita Bersama, Bunga Citra Lestari Siapa Sangka, Itu Aidilfitri Terakhir Kita Bersama, Bunga Citra Lestari
“Siapa Sangka, Itu Aidilfitri Terakhir Kita Bersama.” Bunga Citra Lestari Kongsi Video ‘Dear Love’ Khas Buat Arwah Suami, Bikin Ramai Sebak! Bukan mudah untuk... Siapa Sangka, Itu Aidilfitri Terakhir Kita Bersama, Bunga Citra Lestari

“Siapa Sangka, Itu Aidilfitri Terakhir Kita Bersama.” Bunga Citra Lestari Kongsi Video ‘Dear Love’ Khas Buat Arwah Suami, Bikin Ramai Sebak!

Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya. Seolah-olah separuh jiwa turut dibawa pergi bersama. Kehadiran ramadan dan syawal tidak lama lagi pasti lebih dirasai.

Bagi penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), pemergian suami tersayang, Allahyarham Ashraf Sinclair benar-benar di rasi. Lama menyepikan diri, terbaru, dia memuat naik sebuah video khas mengenang arwah suaminya.

Video yang diberi nama ‘Dear Love…” dikongsikan di youtube baru-baru ini. Menurut BCL, meskipun Ashraf tiada di sisi, namun arwah suaminya itu tetap akan berada dalam ingatannya dan anggota keluarga yang lain.

“Dear Love, tidak terasa waktu berjalan begitu cepat, kerana rasanya seperti baru kemarin kita merayakan Aidilfitri sama-sama, bersilaturahim dengan keluarga dan sahabat-sahabat di rumah.

“Saya juga masih ingat kita berbincang bagaimana mahu menghidangkan cinnamon rolls, siapalah yang sangka, itu merupakan Aidilfitri terakhir kita bersama.

“Malam tadi, kami sekeluarga membacakan yassin buat kamu. Seperti mana kami selalu buat setiap malam. Noah, opah juga Alam tidak melewatkan malam tu tanpa takbir.

“Sepertimana yang kamu lakukan bersama Noah tahun lalu. Cuma bezanya kali ini tiada lagi kamu. Tahun ini, Noah telah bertakbir di rumah secara online,” kata BCL dalam video tersebut.

Bunga Citra Lestari

Dalam video itu, BCL telah menggabungkan pelbagai potongan video Ashraf menyambut Syawal bersama keluarganya sebelum ini.

“Di saat ini, kita makin menyedari bahawa di luar segala apa cubaan yang hadir dalam hidup kita, kami bersyukur kerana memiliki sesama sendiri,” tuturnya lagi.

Nikmati moment yang dipunya. Mencintai, memberi kasih dengan orang yang dicintai. Karena kita tahu, Waktu amat sangatlah berharga.

Ini bukanlah perjalanan yang mudah.. Bahkan ku masih tak tahu berada di mana.. Kadang bergerak maju dua langkah, lalu mundur satu langkah.. Tapi ku terus berjalan.. Karena ini adalah sebuah proses panjang yang harus dijalani..

Di moment ini, aku memberanikan diri.. Untuk sedikit berbagi tentang hidupku.. Perjalananku..Video itu telah mendapat tontonan melebihi 8000 selepas tujuh jam dimuat naik.

Februari lalu, industri hiburan Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan pemergian Ashraf. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pada pagi 18 Februari 2020 akibat mengalami serangan jantung.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Sumber: bclsinclair

Shares