Roti Susu

Agensi Dedah Sajat Mengaku Lelaki Ketika Daftar Umrah Agensi Dedah Sajat Mengaku Lelaki Ketika Daftar Umrah
Nampaknya kontroversi terpalit Nur Sajat yang berpakaian wanita dan bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah menjadi perdebatan hangat netizen yang masih tertanya-tanya jantina sebenar usahawan... Agensi Dedah Sajat Mengaku Lelaki Ketika Daftar Umrah

Nampaknya kontroversi terpalit Nur Sajat yang berpakaian wanita dan bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah menjadi perdebatan hangat netizen yang masih tertanya-tanya jantina sebenar usahawan kosmetik itu.

Terbaru, agensi yang membawa Sajat menunaikan umrah mendakwa usahawan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar. Menurut jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd, Sajat mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak memberitahu dirinya seorang khunsa.

Bagaimanapun, apabila tiba di Tanah Suci, Sajat sebaliknya memberitahu kepada mutawif disana dirinya seorang khunsa pula.

“Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.

“Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa,” katanya ketika Harian Metro.

Dalam pada itu, agensi itu berkata surat mahkamah yang dikatakan ada pada Sajat itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel. Pihak agensi juga memaklumkan mereka sudah menasihati Sajat agar terus menjadi lelaki sepanjang di Tanah Suci.

“Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.

“Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,” katanya.

Agensi turut memaklumkan, Nur Sajat dikhabarkan masih lagi berada di Tanah Suci kerana sebelum ini dia sudah pun menziarah Madinah. Pihak agensi juga menafikan dakwaan Sajat telah ditahan oleh pihak berkuasa di Arab. – Rotikaya.com

Shares