Roti Susu

Adi Putra Pertahan Usaha Ustaz Ebit Lew Beri Bantuan Adi Putra Pertahan Usaha Ustaz Ebit Lew Beri Bantuan
Pelakon Datuk Adi Putra kesal dengan tindakan individu yang melemparkan kecaman dan kritikan terhadap usaha bantuan dilakukan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Dalam hal... Adi Putra Pertahan Usaha Ustaz Ebit Lew Beri Bantuan

Pelakon Datuk Adi Putra kesal dengan tindakan individu yang melemparkan kecaman dan kritikan terhadap usaha bantuan dilakukan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Dalam hal ini, Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 39, berkata dia tidak teragak-agak untuk ke depan mempertahankan niat baik pendakwah terkenal itu.

“Siapa saja yang menghentam Ustaz Ebit Lew tanpa usul periksa saya tak teragak-agak untuk ke depan.”Biar menunjuk yang ada niat dari dihentam pada yang lemah. Jangan hanya berani bercakap mahupun yang komen kalau tak gentle… harap maklum!,” katanya.

Menerusi laman Instagram, Adi Putra memuat naik foto Ebit Lew dan menulis kapsyen tersebut.Keprihatinan Ebit Lew memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan insan-insan memerlukan sepanjang penularan Covid-19 di negara ini menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun, usahanya turun padang bertemu masyarakat yang berdepan kesempitan hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini turut disalah erti oleh segelintir pihak.

Ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa bengang dengan kritikan yang dilemparkan oleh pihak tertentu itu.

Sebelum itu, menerusi laman Facebook, pendakwah bebas berusia 36 tahun ini memohon maaf jika niatnya membantu mereka yang memerlukan telah menimbulkan rasa kurang senang mana-mana pihak.

Kata Ebit, dia ikhlas melakukan pekerjaan tersebut kerana tanggungjawab sesama manusia dan bimbang dipersoalkan oleh Allah pada hari akhirat kelak.

Adi Putra

“Saya minta maaf semua, saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun, maafkan saya ya semua, doakan terlalu ramai orang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Bagaimana kita boleh tidur lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tidak sama.

“Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat di depan Allah nanti, reda Allah segala-galanya, usahlah takut kejian atau penghinaan orang tetapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah,” tulis Ebit. – Mstar

Shares