Roti Susu

Selepas Ada Tak Puas Hati Dengan Ebit Lew Sampai Buat Repot, Mufti Perlis Akhirnya Buka Mulut Selepas Ada Tak Puas Hati Dengan Ebit Lew Sampai Buat Repot, Mufti Perlis Akhirnya Buka Mulut
Ebit Lew tidak perlu nak simpan dalam hati sangatlah untuk benda yang macam itu (tohmahan pihak tertentu). Demikian kata-kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd... Selepas Ada Tak Puas Hati Dengan Ebit Lew Sampai Buat Repot, Mufti Perlis Akhirnya Buka Mulut

Ebit Lew tidak perlu nak simpan dalam hati sangatlah untuk benda yang macam itu (tohmahan pihak tertentu).

Demikian kata-kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menasihatkan Ebit supaya tidak perlu menyimpan segala kritikan dan tohmahan pihak tertentu di dalam hati sehingga boleh menjejaskan kerja yang dilakukannya selama ini.

Dr Mohd Asri juga meminta pendakwah terkenal, Ebit Lew supaya tidak menganggap ujian yang menimpanya ketika ini sebagai faktor untuk tidak lagi meneruskan kerja kebajikan.

  • Jika Ebit ikhlas membantu orang

Katanya, perkara yang menimpa Ebit berkemungkinan sebagai ujian Allah bagi menambahkan kebaikannya atau untuk pembaikan di atas segala amalan yang dilakukan dahulu.

Jika dia ikhlas membantu orang, pasti tidak ada masalah (yang timbul) dan jangan disimpan kerana di dalam dunia ketika ini memang sudah lumrahnya macam itu.

Sudah lumrah apabila manusia melihat seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang baik, pasti mereka akan memberikan pandangan atau kritikan.

Malah penyanyi yang tugasnya menghiburkan orang pun tidak terlepas dari dikritik,” katanya dalam kuliah yang dirakam secara langsung di Facebook hari ini.

Semalam, Ebit menerusi hantaran di Facebook membuat keputusan untuk tidak lagi membantu secara langsung golongan yang kurang berkemampuan.

  • Ikhlas ini rahsia, ia bukanlah satu urusan yang perlu dicampuri

Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan keikhlasan Ebit, Mohd Asri berkata, sebagai manusia biasa, ia bukanlah satu urusan yang perlu dicampuri kerana ia membabitkan amalan atau niat individu dengan tuhannya.

Orang memberikan sedekah, bukanlah urusan kita untuk mengetahui sama ada pemberi itu ikhlas atau tidak kerana itu antara dia dengan Allah.

Ikhlas ini rahsia, jika seseorang itu ikhlas (melakukan kebajikan) dia memperoleh pahala dan jika sebaliknya dia tidak dapat pahala tetapi dapat dosa.

Cuma orang yang menerima bantuan itu dapatlah barangan keperluannya seperti yang diberi,” katanya.Mohd Asri berkata, beliau yakin Ebit adalah individu yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam melakukan amal kebajikan.

Kami pernah berjumpa di rumah saya, saya percaya dia ini Insya Allah orang yang buat kerja baik,” katanya.

  • Ebit Lew mohon maaf

Terdahulu Ebit Lew telag meminta maaf pada semua dan atas nasihat setakat ini sahajalah khidmat beliau pada semua secara langsung.

Menurut Ebit beliau cuma akan transfer duit pada orang susah dan teruskan dari rumah sahaja. ” Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.

PKP ini saya dapat kenal saya kawan dan saja nak berlawan dengan saya. Tapi saya takkan pernah bermusuh atau berdendam dengan sesiapa. ” Saya maafkan semua. Saya maafkan kerana Allah. Saya mengadu pada Dia semua sedih dan susah saya.” tulis Ebit. [sumber ]

Shares