Roti Susu

Abang Kepada Nor Hidayah Dikenali Sebagai Sir Azmir Mula Bersuara !! Abang Kepada Nor Hidayah Dikenali Sebagai Sir Azmir Mula Bersuara !!
ISU antara pelawak Ali Puteh dan isteri kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah semakin mendapat perhatian netizen di laman sosial. Abang kepada Nor Hidayah... Abang Kepada Nor Hidayah Dikenali Sebagai Sir Azmir Mula Bersuara !!

ISU antara pelawak Ali Puteh dan isteri kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah semakin mendapat perhatian netizen di laman sosial.

Abang kepada Nor Hidayah yang dikenali sebagai Sir Azmir memberitahu pihak mereka sekeluarga memilih untuk berdiam diri kerana menghormati adiknya yang masih dalam tempoh edah.

Malah, Sir Azmir turut memohon agar semua orang mendoakan Nor Hidayah dan anaknya, Syed Uthman Hamzah berada dalam keadaan baik.

“Mohon maaf ya, saya wakil keluarga dan Hidayah tak dapat nak beri apa-apa penjelasan berkenaan hal yang tengah panas ini buat masa sekarang bagi menghormati Hidayah yang sedang menjalani tempoh edah.

“Mohon sama-sama doakan dia dan anaknya, Hamzah baik-baik sahaja. Maaf sekali lagi daripada pihak saya, Hidayah dan keluarga,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Jumaat, adik kepada arwah Abam, Ali Puteh tampil menjelaskan segala dakwaan Nor Hidayah dan menafikan keluarganya ingin membolot kesemua harta pusaka Allahyarham Abam.

Menerusi sidang media tersebut, Ali turut memberitahu dia berkecil hati dengan Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi ‘jangan makan harta anak yatim’ kepada ibunya, Sabariah Arshad, 63.

Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah.

Dalam pada itu, Ali juga memberitahu dia ada menjemput Sir Azmir serta Nor Hidayah untuk menghadiri sidang media yang diadakannya itu.

“Saya ada menghantar jemputan kepada abang Hidayah untuk mereka sekeluarga hadir ke sidang media bagi menjelaskan semua perkara.

“Tapi mereka tidak dapat hadir kerana masih perlu perbincangan antara keluarga,” kata Ali.Sebelum ini, video Nor Hidayah mendedahkan kereta milik arwah suaminya diambil keluarga mentua dan tidak dapat harta peninggalan ketika ditemu bual usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kemarahan Ali.

Ali tidak dapat menahan kemarahannya memuat naik status berbaur hinaan terhadap Nor Hidayah namun telah memadamnya sebaik sahaja menerima pelbagai kecaman.

Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Anggota kumpulan Bocey itu meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah, 28, dan anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan. – MSTAR

Shares