Roti Susu

5 Petua Elak Kucing Berak Di Laman & Depan/Belakang Rumah Anda 5 Petua Elak Kucing Berak Di Laman & Depan/Belakang Rumah Anda
Elak Kucing Berak. Tak kira anda pecinta kucing mahupun tidak. Sekiranya kehadiran kucing ini hanya sekadar melepak, tak apa lagi Yang paling menyirap adalah... 5 Petua Elak Kucing Berak Di Laman & Depan/Belakang Rumah Anda

Elak Kucing Berak. Tak kira anda pecinta kucing mahupun tidak. Sekiranya kehadiran kucing ini hanya sekadar melepak, tak apa lagi Yang paling menyirap adalah kediaman kita menjadi tandas si bulu ni pula.

Nak di marah, tak ada gunanya. Mereka haiwan yang tidak mempunyai akal. Dah macam-macam cara dilakukan. Sapu minyak tanah, sembur air kari dan sebagainya.

Sebenarnya, ada cara nak halau dan cegah kucing jadikan kediaman kita sebagai tandas. Berikut, antara petua Elak Kucing Berak orang dulu-dulu:

SERBUK LADA HITAM

Taburkan serbuk lada hitam di sekeliling kawasan yang menjadi laluan si kucing. Aroma tengik dan kepedasan serbuk lada hitam tidak digemari oleh kucing. Taburkan lebih di kawasan yang menjadi tempat melepak dan tandas kucing.

Namun, kaedah ini kurang berkesan kerana serbuk lada hitam antara bahan mudah larut dan mempunyai aroma yang tidak lama. Jadi perlu kerap tabur serbuk lada hitam tersebut sekurang-kurangnya seminggu sekali

SEMBURAN AIR

Air adalah medium paling berkesan mengusir kucing. Kucing akan rasa tertekan apabila tubuhnya terkena air terutamanya pada kepala. Tapi sayangnya, kebanyakkan org mengusir kucing dengan menggunakan air dengan cara yang kasar dan terlalu banyak.

Tak perlu sebenarnya, cukup sekadar semburkan air pada bahagian kepalanya sedikit.

AIR DALAM BOTOL

Kelihatan, ramai yang menggunakan petua ini. Air dalam botol diletakkan pewarna merah. Seperti tip di atas, air antara musuh kucing. Oleh itu, susun seberapa banyak air dalam botol di laluan kucing.

Tinggalkan 1/4 ruang botol tidak berisi dan tidak perlu tambah pewarna merah. Melihat susunan air dalam botol tadi membuat kucing takut jika terkena air

PENYAPU LIDI

Ini petua yang banyak digunakan oleh nenek moyang kita dahulu. Jika ternampak kehadiran kucing disekitar rumah, tepuk atau pukul penyapu lidi tersebut pada lantai atau dinding. Tak perlu pukul kucing.

LETAK BOLA

Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan sebiji bola atau apa-apa objek yang sama waktu dengannya di halaman rindu rumah. Ya! Letakkan bola sebesar bolasepak. Nak letakkan bola ragbi pun boleh. Tapi janganlah letakkan bola yang terlalu kecil seperti bola golf.

Emak Adam menggunakan bola American football yang dah tak bocor di halaman rumah kami. Aku ambil gambar dari tingkap di tepi tempat aku buat kerja.

Teorinya: Kucing akan takut nak melepas kerana menyangka ada ‘orang’ iaitu bola tersebut yang memerhatikan mereka. Lebih kurang seperti menggunakan orang-orang untuk menakutkan burung daripada memakan padi.

Setakat ini, petua ini menjadi kerana kucing dah tak datang berak di laman kami. Anak pesawah juga yang dapat idea ini.

Sumber  : Impiana

Shares