Roti Susu

“Paling Kelakar…”- 4 Daraa Disahut Mak Cun & Shiera Berjaya Cuit Hati Warganet ! “Paling Kelakar…”- 4 Daraa Disahut Mak Cun & Shiera Berjaya Cuit Hati Warganet !
Cabaran 4 Dara yang dihasilkan oleh pelakon Kampung People iaitu Elly Mazlein atau turut mesra disapa Kak Lina Pompom nampaknya masih ada lagi yang... “Paling Kelakar…”- 4 Daraa Disahut Mak Cun & Shiera Berjaya Cuit Hati Warganet !

Cabaran 4 Dara yang dihasilkan oleh pelakon Kampung People iaitu Elly Mazlein atau turut mesra disapa Kak Lina Pompom nampaknya masih ada lagi yang menyahutnya dengan mengikut kreativiti masing-masing.

Tidak terkecuali juga dengan dua orang selebriti ini apabila gelagat pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima bersama pengacara Sharifah Shahirah atau Shiera apabila mereka menyahut cabaran itu dengan berkongsikan kepada umum cabaran 4 Dara versi mereka berdua.

Dikongsikan menerusi Instagram peribadi Erma Fatima atau turut popular dengan panggilan Mak Cun turut menghiburkan orang ramai dengan gelagat sempoinya dalam video terbabit.

“Ni Makcun buat versi Makcun pulak. Macam rockers tak….” ujarnya disamping menulis beberapa hashtag yang melibatkan cabaran berkenaan.

Biarpun begitu, apa yang membuatkan orang ramai terhibur apabila Shiera dilihat hanya menyanyikan sedikit lagu 4 Dara itu lalu meminta agar Mak Cun pula untuk ‘masuk’ namun gelagat Mak Cun yang dilihat masih tidak bersedia membuatkan video itu menerima pelbagai reaksi lucu orang ramai.

Diruangan komen pula dihujani dengan reaksi gelak besar orang ramai yang terhibur dengan gelagat Shiera dan Mak Cun menyahut cabaran 4 Dara dengan melakukan versi mereka sendiri itu.

Sumber: HCL

Shares