Roti Susu

39 Lagi Positif Covid-19, Jumlah Terkini Malaysia Catat 197 Kes ! 39 Lagi Positif Covid-19, Jumlah Terkini Malaysia Catat 197 Kes !
MALAYSIA mencatatkan 39 kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat.Pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 197 kes. Ketua Pengarah... 39 Lagi Positif Covid-19, Jumlah Terkini Malaysia Catat 197 Kes !

MALAYSIA mencatatkan 39 kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat.Pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 197 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat malam berkata, daripada 39 kes baharu itu, 38 kes dikesan dalam kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) dan satu kes dari kalangan kontak rapat.

“Sehingga kini, sebanyak empat kes telah dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi.”Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan anti-viral,” ujarnya.

Menurut Dr Noor Hisham, kes-kes bagi gelombang kedua yang dilaporkan iaitu bermula kes ke-23 sehingga kes ke-197, sebanyak 52 kes dilaporkan dari kalangan PUI, manakala kes-kes lain dilaporkan melibatkan dua kluster utama yang telah dikenal pasti.

Menurutnya, KKM juga telah menjalankan survelan Covid-19 bagi mengesan kes terpencil atau sporadik di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif Covid-19.

“Sehingga 13 Mac 2020, sebanyak 756 sampel telah diuji dan setakat ini sebanyak tiga sampel dikesan positif jangkitan Covid-19.

“Setakat ini, siasatan yang dijalankan mendapati kes-kes ini dikesan di kalangan kluster perhimpunan tabligh.

“Siasatan bagi kes-kes berkenaan masih dijalankan dan orang awam akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya lagi. –Mstar

Shares