Roti Susu

3 Minggu Lagi Nak Bersalin, Yana Samsudin Dedah Sesuatu Terjadi Padannya 3 Minggu Lagi Nak Bersalin, Yana Samsudin Dedah Sesuatu Terjadi Padannya
Pelakon Yana Samsudin yang kini sedang sarat hamil anak kedua memberitahu bahawa dia mengalami masalah bacaan hemoglobin darah (Hb) yang rendah ketika membuat pemeriksaan... 3 Minggu Lagi Nak Bersalin, Yana Samsudin Dedah Sesuatu Terjadi Padannya

Pelakon Yana Samsudin yang kini sedang sarat hamil anak kedua memberitahu bahawa dia mengalami masalah bacaan hemoglobin darah (Hb) yang rendah ketika membuat pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.

Ekoran masalah itu, Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 36, berkata, dia perlu mendapatkan keperluan zat besi yang cukup bagi memastikan bacaan darahnya kembali normal sebelum bersalin kira-kira tiga minggu lagi.

“Pada awal kehamilan, zat besi saya terlalu tinggi. Tiba-tiba sudah hujung-hujung tiga minggu sebelum due (tarikh jangkaan bersalin), zat besi rendah, HB (hemoglobin dar4h) rendah 9.9,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam entri tersebut Yana berkongsi gambar dirinya ketika sedang menjalani rawatan drip untuk meningkatkan bacaan keperluan zat dalam badannya.

Katanya, itu merupakan pilihan yang terbaik dalam memastikan bacaan zat dan darahnya kembali stabil dalam tempoh yang singkat.

“Jadi, saya ambil drip multivitamin untuk rangsang vitamin D dan zat besi. Alhamdulillah kekal semula.”Drip adalah alternatif paling cepat nak naikkan terus masuk dalam badan sebab dah nak due,” katanya.

Jelas Yana lagi, sebenarnya dia juga merupakan seorang yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebelum ini. Bagaimanapun, cara pemakanan yang salah menyebabkan dirinya tidak mendapat keperluan secukupnya.

“Selama ini memang makan multivitamin tapi tak perasan sebab mungkin makan vbat cara yang salah telah menghalang vitamin tu ser4p dalam darah.

“Jadi, kalau anda sedang ambil ubat atau makanan tambahan, tolong jarakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi atau susu lebih kurang dua jam sebelum dan selepas makan ubat, moga bermanfaat,” nasihatnya.

 

View this post on Instagram

 

Assalam korang.. good morning🤗 Pada awal pregnancy iron (Zat Besi) yana terlalu tinggi.. tiba tiba dah hujung2 #3weeksBeforeDue ni Iron rendah & HB low 9.9…🥲 So yana ambik drip Multivitamin utk boostkan Vit D & Iron, alhamdulillah maintain semula.. Drip adalah alternatif paling cepat nak naik kan terus masuk dalam badan sebab dah nak due 😅 . (Result boleh baca after 2 weeks) Selama ni memang makan Multi vitamin tapi tak perasan sebab mungkin makan ubat cara yang salah😪 ia telah menghalang Vitamin tu serap dalam darah🙄 So korang kalau dalam medication atau ambil supplement, please jarakkan minuman berkafein macam Teh & Kopi atau susu lebih kurang 2jam sebelum & selepas makan ubat…. ha gittew, moga bermanfaat

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Terdahulu, pada bulan lalu, suaminya Fadzil mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat.Yana mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penerbit, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berumur empat tahun.

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatia daripada para pengikutnya yang ada diatara mereka berkongsi pendapat mengenai cara meningkatkan darah dalam badan.

Sumber: Gempak, Ig @yanasamsudin

Shares