Roti Susu

25 tahun bersahabat, Nazia Mustafar kongsi kali terakhir jumpa Maya Matahari ! 25 tahun bersahabat, Nazia Mustafar kongsi kali terakhir jumpa Maya Matahari !
BERITA pemergian penyanyi Mya Ruslee atau lebih dikenali Maya Matahari mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan selebriti.Salah seorang teman rapat arwah iaitu Nazia Mustafar menyifatkan... 25 tahun bersahabat, Nazia Mustafar kongsi kali terakhir jumpa Maya Matahari !

BERITA pemergian penyanyi Mya Ruslee atau lebih dikenali Maya Matahari mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan selebriti.Salah seorang teman rapat arwah iaitu Nazia Mustafar menyifatkan Mya sebagai seorang wanita yang kuat melawan penyakitnya.

“Kami bertemu dua minggu lalu di kediamannya… semasa itu dia baru balik dari China mendapatkan rawatan kanser tisu.

“Kami berborak panjang, gelak-gelak dan dia pesan supaya saya tak menangis… kita bercerita benda yang happy-happy sahaja. Dia tak mahu sedih-sedih!

“Walaupun badan dia nampak susut, tapi Mya kata keadaan kesihatannya semakin baik dan sangat positif selepas menerima rawatan di sana,” katanya kepada mStar.

Nazia menulis luahan hatinya apabila mendapat perkhabaran pemergian sahabat baik, Mya Ruslee.Menerusi Instagram, Nazia turut memuat naik sekeping foto kenangan pertemuan terakhir mereka di kediaman Allahyarham.

Sebelum itu, Mya atau nama sebenar Myanaliza Ruslee, 44, meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor pada Rabu.

Penyanyi lagu Matahari ini menderita penyakit kanser tisu (sarcoma) dan keadaan kesihatannya itu mula merosot selepas menyertai Gegar Vaganza musim kelima pada 2018.

“Penyakitnya bertambah teruk selepas menyertai Gegar Vaganza dan dia cuba berubat di hospital termasuklah ke China.

“Sepanjang menjalani rawatan itu dia selalu minta doakan kesihatannya dan tak pernah lagi dia tunjukkan kesakitan atau kesedihan di hadapan kami,” ujarnya.

Keadaan kesihatan Mya mula merosot selepas menyertai Gegar Vaganza musim kelima.Sementara itu, Nazia berkata hasratnya untuk bertemu Mya minggu ini tidak kesampaian.

“Saya ada hubunginya minggu lepas dan berjanji nak jumpa minggu ini tapi hasrat itu tidak dapat ditunaikan.

“Semasa kami berbual menerusi panggilan telefon itu, saya sedang menjalani penggambaran di Kedah dan saya minta dia tunggu… saya akan datang jumpa dia tapi ajal menjemputnya terlebih dahulu.

“Memandangkan usia kami sebaya, hubungan jadi lebih rapat, kami dah berkawan selama 25 tahun. Sejujurnya, saya terkesan dan bersedih dengan pemergiannya,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham Mya Ruslee dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Johor. – Mstar

Shares